Perkahwinan Melayu


| Perkahwinan Melayu |
| Written by asiamind | |
| Wednesday, 27 August 2008 | |
|
PERKAHWINAN MASYRAKAT MELAYU Masyarakat melayu amat terkenal dengan adat resamnya yang tersendiri termasuk lah adat resam perkahwinan masyarakat melayu. Orang melayu memang berpegang teguh pada adat ini kerana perkahwinan mereka secara umumnya mereka secara umumnya terbahagi kepada lima peringkat istiadat iaitu merisik, meminang, bertunang, bernikah dan bersanding . Peringkat Pertama (Merisik) Setelah seseorang anak lelaki itu meningkat dewasa, ibu bapa akan selalu mengharapkan anak lelaki nya itu berkahwin,oleh itu ibu bapa akan mencari pasangan yang sesuai untuk dijodohkan dengan anak lelaki nya.Akan tetapi cara telah jarang digunakan oleh masyarakat kini kerana anak-anak zaman kini lebih gemar mencari sendiri pasangan masing-masing.Merisik adalah sangat penting kepada ibu bapa untuk mereka dapat menilai dan mengenalpasti kriteria yang diinginkan dalam diri gadis itu. Di samping itu, adat ini juga bertujuan untuk menyelidik latar belakang si gadis berkaitan kemahiran rumahtangga, adab sopan, tingkah laku, paras rupa serta pengetahuan agamanya. Lazimnya adat ini akan dijalankan oleh saudara mara terdekat pihak lelaki seperti ibu atau bapa saudaranya. Bagi pihak si gadis pula, terdapat beberapa kriteria yang perlu dipertimbangkan sebelum menerima lamaran pihak lelaki antaranya ialah lelaki tersebut perlulah mempunyai latar belakang agama serta mempunyai pekerjaan yang baik.Setelah semua telah diselidik dan diteliti,maka ibu bapa bagi pihak lelaki akan mengadan suatu jamuan kecil-kecilan untuk sanak saudara terdekat dimana ia bertujuan untuk sepakat memilah tarikh yang sesuai untuk meminang Peringkat Kedua(Meminang) Setelah diketahui bahawa gadis tersebut belum berpunya, pihak keluarga lelaki akan menetapkan hari untuk menghantar satu rombongan peminangan. Urusan peminangan akan dilakukan oleh kaum keluarga terdekat pihak lelaki. Adat ini dilakukan bagi menyatakan tujuan mereka yang sebenarnya secara rasmi. Saudara-mara kedua-dua belah pihak akan berunding untuk menetapkan tarikh dan masa yang sesuai untuk adat bertunang pula. Di samping itu, perbincangan juga akan diadakan berkenaan dengan hantaran dan jumlah rombongan yang akan datang untuk upacara bertunang untuk memudahkan pihak perempuan menyediakan persiapan semasa majlis pertunangan kelak. Kebiasaannya ,meminang bagi sesetengah pihak adalah dengan pemberian cincin dan hadiah-hadiah melalui perarakan ke rumah bakal pengantin perempuan.Penerimaan hadiah-hadiah dan cincin adala bermaksud segala syarat-syarat perkahwinan telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Peringkat Ketiga(Bertunang) Setelah tarikh pertunangan telah ditetapkan ,ahli keluarga dan sanak saudara pihak lelaki yang terdekat akan bersiap sedia untuk menghantar rombongan untuk upacara bertunang dan pertunangan tersebut akan disambut dengan majlis kenduri yang diadakan di rumah pihak perempuan.Di dalam rombongan pihak lelaki,meraka akan menyediakan hantaran yang terdiri daripada tepak sirih atau sirih junjung sebagai bingkisan utama, sebentuk cincin beserta hantaran lain seperti bunga rampai, buah-buahan, kuih-muih, pakaian dan lain-lain Di akhir majlis ini,acara menyarungkan cincin ke jari manis bakal pengantin perempuan yang disarungkan oleh wakil pihak lelaki yang terdiri dari ibu atau saudara perempuannya.Setelah itu, rasmilah sudah pertunangan tersebut. Peringkat Keempat(Bernikah) Akad nikah yang bermaksud ikrar pernikahan dimana ijab daripada pihak wali perempuan atau wakilnya dan qabul dari pihak calon suami atau wakilnya.Secara teliti nya akad nikah ini bukan dipanggil adat tetapi lebih kepada ajaran agama islam yang menentukan ketelusan dan kesahihan perkahwinan mereka.Kebiasannya majlis akad nikah akan diadakan pada sehari sebelum majlis persandingan di rumah bakal pengantin perempuan tetapi sebenarnya ia juga boleh dilakukan di masjid atau pejabat kadi. Dalam upacara pernikahan ini,bapa pengantin perempuan akan menjadi wali untuk menikahkan anaknya walaubagaimanapun bapa pengantin perempuan boleh mewakilkan tok kadi atau imam untuk mewalikan anak nya sekiranya wali tersebut tidak dapat menjadi wali dengan sebab-sebab yang tertentu . Peringkat Kelima(Persandingan) Persandingan antara pengantin lelaki dan perempuan biasanya dilakukan sehari selepas pernikahan mereka.Persandingan merupakan peringkat terakhir dalam perkahwinan melayu yang juga merupakan majlis yang paling meriah.Bersanding adalah acara terpenting dan sekali seumur hidup bagi pasangan pengantin kerana pada hari itu pengantin akan dianggap raja sehari.Pada Hari Persandingan ,semua sanak saudara dari kedua-dua belah pihak dijemput hadir untuk memeriahkan lagi hari persandingan mereka Sebelum Pengantin lelaki akan bersanding diatas pelamin,meraka akan diarak ke rumah pengantin perempuan dengan iringan paluan kompang dan Pengantin perempuan akan menyambut kedatangan pengantin lelaki dan kemudiannya pasangan pengantin akan dibawa ke halaman rumah dan duduk di tempat khas yang sediakan,selepas itu pengantin akan dipersembahkan dengan tarian pencak silat dan kemudiannya mereka akan berpindah ke pelaimin di dalam rumah pengantin perempuan. Semasa adat bersanding diadakan, adat menepung tawar turut dilakukan. Para tetamu dan jemputan yang hadir juga akan diberi bunga telur pada hari tersebut. |
| Next > |
|---|